panduan Menghadapi Konstantine


Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan. Petua-petua menghadapi pertengkaran :

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu... !", "Engkau bodoh... !", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu... ", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya... " dan lain- lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yanglebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

Petua memilih wanita idaman atau perempuan. Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

»»  READMORE...

Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
»»  READMORE...

jadilah muslimah yang kuat !!!

Seorang muslimah yang kuat adalah muslimah yang :-
..Sukar dikalahkan
..Tidak Lemah
..Kukuh, tidak mudah goyah dan
..Tabah

Kekuatan seorang muslimah selalu kelihatan sihat dan gagah tidak mudah sakit..
Kesimpulannya, harus menjaga kesihatan dirinya.

Kekuatan seorang muslimah adalah pada kemahuannya yang kuat..
Muslimah mampu memiliki sejuta impian dan mimpi (bukan sekadar mimpi) yang bersandarkan kepada kebaikan dan mencari jalan untuk mendapatkannya.

Muslimah yang kuat adalah muslimah yang gagah.
Dia adalah seorang yang tabah, sedia menghadapi ujian daripada-Nya dan menerima apa juga yang menimpah dirinya. Dia hanya berserah kepada Allah..

Muslimah yang gagah tidak mudah putus asa. Kemahuannya kuat untuk mendapatkan kemahuan dan cita-citanya..

Diibaratkan “She has endurance of a marathon runner” (=

Macam inilah menjadi muslimah yang kuat..
Ambillah inspirasi dari para muslimah ketika zaman Rasulullah.
Mereka adalah contoh yang terbaik untuk kita muslimah sedunia.
»»  READMORE...

pengorbanan seorang isteri

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang.

Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis.

Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya. Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.

Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. Cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna.

Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat.

Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya.

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya.

Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang
isteri. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya. Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.!

Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya.

Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara.

"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

"Bersyukur apa yang ada itu lebih baik dari lupa diri."

»»  READMORE...


8 cenderahati paling berharga

Cenderahati yang akan dinyatakan in tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1. kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi iaitu satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih syang secara lebih uth dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran andasebagai pembawa kebahagiaan.

2. mendengar

Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang yang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kiti diketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curaha hatinya terhadap anda, secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penialaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3. diam

Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan/ diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam jugaboleh menunjukkan perasaancinta kita pada seseorang keranamemeberinya ’ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudahbiasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.

4. kebebasan

Mencintai seseorang bukanbermakna memberikan kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkagkita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberikan kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnyauntuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5. keindahan

Siapa yang tidakbahagia, jikaorang yang kitasayangi tiba-tiba tmpil lebih kacak atau cntik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jikaanda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6. tanggapan positif

Tanpa sedar, kita memberikan penilaiannegatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaan mutlak hanya kepada dia. Kali ini, cubahadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cibalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannyademi anda. Cuba ungatkan semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7. sedia mengalah

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangan, apakah wajar sebuah hibungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji, tapi jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8. senyum

Percaya atau tidak, snyuman mempunyai kekuatan


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih
.

»»  READMORE...